Ejen Hartanah Senawang dan Seremban
Rumah Anda Masih Tidak Terjual? Ingin Menjual Dengan Segera? Anda boleh mendapatkan khidmat daripada ejen hartanah yang berdaftar dalam menguruskan urusan jualan dan pembelian hartanah anda. Mengapa anda perlu melantik ejen hartanah? Anda akan mendapat servis konsultasi mengikut standard dan etika yang telah ditentukan oleh lembaga pemantau ejen hartanah iaitu LPPEH. Kami hanya mengenakan yuran mengikut peruntukan undang-undang sahaja Jualan hartanah akan diuruskan secara profesional seperti semak nilai pasaran, menyemak info di geran dengan tepat, melihat keadaan hartanah dan urusan periklanan yang berkualiti Rumah yang dipasarkan perlu bersaing dengan ribuan rumah lain dengan pelbagai proses dan prosedur perundangan. Jadi ejen hartanah akan uruskan tanpa perlu anda risau Saya Muhammad Hasif Bin Husney merupakan ejen hartanah yang berdaftar di bawah LPPEH dan berada di bawah naungan Legacy Real Properties Sdn Bhd. Saya mempunyai Diploma dalam bidang Pengur...